~ TIPS KESIHATAN ~ RESEPI ~ CORETAN HATI ~ TIPS KECANTIKAN ~ TEMPAHAN BLOG ~

Thursday, 1 March 2012

Bienda dibedah kerana kandungan bermasalah



Bienda telah berkahwin dengan penerbit program di Primeworks Studios, Kamarul Zariman Abd Rahman pada 8 Oktober 2010 yang dikenali sebagai Boy. Kandungan yang sepatutnya dilahirkan pada 10 Mac terpaksa dikeluarkan secara pembedahan kerana Bienda sudah sakit berpanjangan selama 12jam.
Apabila diperiksa, bayi itu dalam keadaan terlentang dengan lehernya sudah dibelit tali pusat. Pembedahan segera terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan bayinya. Bienda akur dan pasrah walaupun niatnya untuk melahirkan anaknya secara normal tidak kesampaian. Apa yang penting adalah menyelamatkan bayinya itu.
Alhamdulilah bayi perempuan seberat 2.95kg telah selamat dilahirkan. Belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 27, yang selamat melahirkan bayi perempuannya pada 26 Februari lalu. Nampaknya seusialah dengan anak Mawi dan Ekin yang juga mendapat anak perempuan diberi nama Cahaya Malaika. Bayi perempuan Bienda pula diberi nama Lavienda Namiraz.



“Saya memang teringin untuk bersalin secara normal tetapi demi keselamatan bayi saya reda dan bersyukur walaupun terpaksa menjalani pembedahan. Apa yang penting, keadaan bayi sihat dan selamat.”
“Kalau diikutkan saya dijangka bersalin pada 10 Mac depan. Apabila saya dan suami buat pemeriksaan pada Sabtu lepas, belum ada kontraksi yang membolehkan saya bersalin. Apabila pulang ke rumah, saya mula alami kesakitan yang berpanjangan selama 12 jam sehingga memaksa kami ke hospital semula pada Ahad.”
“Apabila diperiksa, bayi saya berada dalam keadaan terlentang dan lehernya sudah dibelit tali pusat. Atas dasar keselamatan, saya teruskan juga bersalin secara pembedahan.”
Namun begitu, Alhamdulillah kerana bayi tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah Rabu tempohari selepas ditahan selama empat hari akibat alahan kulit.
“Anak saya baru sahaja pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hospital kerana kulitnya kemerahan dan kuning sedikit selepas dilahirkan. Bagaimanapun, ia sudah pulih dan kami sekeluarga cukup teruja dengan kehadiran orang baru ini.”
Tahniah kepada pasangan ini. Mesti comel. Tengah tunggu Bienda berkongsi wajah anaknya itu.
sumber ohartis

No comments:

Post a Comment