~ TIPS KESIHATAN ~ RESEPI ~ CORETAN HATI ~ TIPS KECANTIKAN ~ TEMPAHAN BLOG ~

Thursday, 1 March 2012

Elly Mazlein Tidak Gentar Bergelar Isteri

Mengikatkan tali pertunangan lebih setahun setengah bersama pengarah, Azmi Hata sedikit pun tidak mengentarkan hati pelakon drama Amukan Pocong, Elly Mazlein. Berkata kepada OHBULAN!, “Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri apabila memutuskan untuk berumahtangga dengan Azmi & 2 orang anaknya, malah saya ingin hidup susah senang bersama.”
Menyentuh mengenai persiapan majlis, Elly menyatakan bahawa persiapan perkahwinan sudah siap lebih 50% walaupun sibuk dengan kekangan masa dan komitmen kerja.
“Walaupun sibuk, kami tetap membuat persiapan perkahwinan yang dijadualkan akan berlangsung pada akhir tahun ini. Alhamdullilah, keluarga turut membantu untuk merealisasikan impian saya yang mahukan sesuatu yang indah di majlis perkahwinan nanti. Majlis nikah & resepsi dijangka akan diadakan di Bukit Kiara Ekuastrian Resort pada hari yang sama. Walaupun begitu, saya tetap ingin berserdahana,” ujar Elly Mazlein lagi.
Ditanya pula mengenai kesan lebam di dahinya, Elly Mazlein membalas bahawa kecederaan tersebut berpunca daripada kecuaianya yang terjatuh ketika menjayakan babak dalam drama Amukan Pocong.
“Ketika berlari, saya tergelincir lalu jatuh dan kepala saya tersagat di kayu. Darah yang keluar tak banyak, tapi kesemua krew memang panik dan mereka menyarankan saya supaya berehat dulu. Nasib baik penerbit sangat prihatan dan dia membawa saya bertemu dengan doktor.”



Sumber:oh bulan

Kenapa kita Dilarang Menggunakan Telefin ketika Mengisi Minyak

Mari kita tengok ekspiremen sains dekat bawah ini…untuk buktikan betapa bahayanya isi minyak sambil berbual atau sms guna handphone…

Sebelum itu, kita sediakan bahan serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-
1. Kuali sebiji…cari yang leper…
2. 3 bijik kad..kad manila pon boleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card…
3. 1 rol kertas foil…kertas timah itu laa….yang macam bungkusan kedua corn flakes la…
4. Handphone sebiji…dan pastikan juga ada kredit…
5. Minyak petrol sikit..kalau tak, beli dekat stesen…curi dekat motor abang, ayah atau adik…haha

susun kad tadi lebih kurang macam ini…


letak pula kertas foil di atas kad tadi..
letak petrol sedikit…
selepas itu, ambil handphone…tapi maybe ambil masa yang lama sedikit…tapi kalau kamu rasa hendak jimat kredit, kamu buat miss call dekat sesiapa….tapi maybe banyak miss call kamu kena buat…
TIBA-TIBA
peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak…..


note= ini bukan magik ok! sila ambil serius




Read more: http://fid.ohmacamitu.com/kenapa-kita-dilarang-menggunakan-handphone-ketika-mengisi-minyak/#ixzz1nv5lTXFl

Gigi Bayi Yang Pelik

Salam,
Just saja-saja tunjuk gambar pelik-pelik untuk tatapan umum, haha…

“mak! kenapa gigiku besar?!!!”
Tuan dan puan, ini adalah puting ya.
Puting jenis jongos.
Puitng jenis taring. Haha. Tak comel terus kalau baby pakai kan?
Kalau yang ini pulak macam mana? haha


Read more: http://fid.ohmacamitu.com/gigi-baby-yang-pelik/#ixzz1nv4YDXrj

Barang Peninggalan nabi Muhammad dan khasiat buah pada bentuknya










Info kajian.
Makanan kesihatan dalam Islam.
Ubi kentang seakan berbentuk buah pinggang, sebenarnya ia baik dalam penyeimbangan glycemic index pada diabetes.
Bawang berbentuk seperti cell body.Ia juga bertindak sebagai pembersih dalaman kerana berperanan menyingkirkan bahan dalam badan yang tidak berguna lagi.
Eggplant, Avocadoes dan Pears yang berbentuk sepeti cervix wanita. Hasil kajian membuktikan apabila wanita mengamalkan dalam masa seminggu, ianya dapat membantu dalam berat bayi sewaktu lahir dan juga mengelakkan cancer cervix.
Buah oren dan citrus berbentuk seperti buah dada wanita sebenarnya membantu dalam kesihatan buah dada seperti memudahkan keluar masuk lymph.

Minyak zaitun berfungsi dalam kesihatan ovari.
Buah tomato mempunyai 4 bahagian, sama seperti jantung. Hasil kajian, tomato membantu dalam ksihatan jantung.
Melihat pada bentuk garisan lobak, mempunyai garisan seperti iris, korang tentu sudah tahu fungsinya dalam kesihatan mata.
Buah anggur berbentuk macam sel darah.Kelebihan mengamalkannya,ia membantu memvitilasi darah kita.
Buah walnut pula berbentuk semacam otak kita,punyai hemisphere kanan dan kiri juga cerebrum atas dan cerebellum bawah. Mnmbantu dalam transmit nueron pada otak kita. Kalau korang hendak tahu, neuron adalah mesej dari badan ke otak manusia.
Kacang merah berbentuk ginjal juga membantu dalam kesihatan ginjal.
Buah ara yang dipenuhi biji membantu dalan peningkatan jumlah sperma.

Antara makanan yang diamalkan oleh Baginda=
  • susu , dapat membersihkan hati dari ‘kepanasan’.Selain itu memberi daya ingtan yang kuat.
  • madu , terlalu banyak kelebihan seperti menjaga kesihatan perut, menyihatkan rambut dan pembersih mulut. Sesuai diamalkna dengan campuran air suam ya kawan-kawan.
  • minyak ziaitun.
  • anggur.
  • buah delima , membersihkan diri dari setan selama 40 hari.
  • Air .
diedit dan diterjemah oleh aku di http://www.aulia-e-hind.com.
note = Ciptaan Allah itu ada maknanya kan.


Read more: http://fid.ohmacamitu.com/barang-peninggalan-nabi-muhammad-dan-khasiat-buah-pada-bentuknya/#ixzz1nv1GTds1

Mee Kolok

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
  • 1 sdm perencah sup
  • 100 g daging lembu
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8 biji cili api
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 5 sb kicap manis
  • 1 sb kicap pekat
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • 1 sdt sos ikan / sos soya
  • 1 sdt cuka

Cara-cara

  1. UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
  2. Img1894a
    UNTUK MEE : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. (gambar menunjukkan cth mi yg dyg guna)
  3. Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
  4. Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.
  5. Img2059a
    UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
  6. Img2049a
    Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan jg semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.


7.****kalau nak meriahkan lg suasana mee ni, jika suka boleh jg dicampurkan dgn sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus dulu yer)

sumber:myresepi.com

Bienda dibedah kerana kandungan bermasalah



Bienda telah berkahwin dengan penerbit program di Primeworks Studios, Kamarul Zariman Abd Rahman pada 8 Oktober 2010 yang dikenali sebagai Boy. Kandungan yang sepatutnya dilahirkan pada 10 Mac terpaksa dikeluarkan secara pembedahan kerana Bienda sudah sakit berpanjangan selama 12jam.
Apabila diperiksa, bayi itu dalam keadaan terlentang dengan lehernya sudah dibelit tali pusat. Pembedahan segera terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan bayinya. Bienda akur dan pasrah walaupun niatnya untuk melahirkan anaknya secara normal tidak kesampaian. Apa yang penting adalah menyelamatkan bayinya itu.
Alhamdulilah bayi perempuan seberat 2.95kg telah selamat dilahirkan. Belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 27, yang selamat melahirkan bayi perempuannya pada 26 Februari lalu. Nampaknya seusialah dengan anak Mawi dan Ekin yang juga mendapat anak perempuan diberi nama Cahaya Malaika. Bayi perempuan Bienda pula diberi nama Lavienda Namiraz.



“Saya memang teringin untuk bersalin secara normal tetapi demi keselamatan bayi saya reda dan bersyukur walaupun terpaksa menjalani pembedahan. Apa yang penting, keadaan bayi sihat dan selamat.”
“Kalau diikutkan saya dijangka bersalin pada 10 Mac depan. Apabila saya dan suami buat pemeriksaan pada Sabtu lepas, belum ada kontraksi yang membolehkan saya bersalin. Apabila pulang ke rumah, saya mula alami kesakitan yang berpanjangan selama 12 jam sehingga memaksa kami ke hospital semula pada Ahad.”
“Apabila diperiksa, bayi saya berada dalam keadaan terlentang dan lehernya sudah dibelit tali pusat. Atas dasar keselamatan, saya teruskan juga bersalin secara pembedahan.”
Namun begitu, Alhamdulillah kerana bayi tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah Rabu tempohari selepas ditahan selama empat hari akibat alahan kulit.
“Anak saya baru sahaja pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hospital kerana kulitnya kemerahan dan kuning sedikit selepas dilahirkan. Bagaimanapun, ia sudah pulih dan kami sekeluarga cukup teruja dengan kehadiran orang baru ini.”
Tahniah kepada pasangan ini. Mesti comel. Tengah tunggu Bienda berkongsi wajah anaknya itu.
sumber ohartis