~ TIPS KESIHATAN ~ RESEPI ~ CORETAN HATI ~ TIPS KECANTIKAN ~ TEMPAHAN BLOG ~

Monday 26 December 2011

Ya Allah..aku jatuh cinta lagi..

Hai kawan-kawan sekalian..lama rasanya saya tak buka blog ni dan update apa2 yang patut.Rasanya terpanggil untuk update blog ni kembali walau cerita yang nak dibuat kali ini agak jiwang sikit.Ntah lah.,payah untuk saya ceritakan sebabnya perasaan ini hadir dari dalam hati saya.Tanpa saya sangka saya sayang padanya walau kami tidak pernah bersua,jika ada rezeki insyallah kami akan berjumpa.Beberapa hari yang lepas saya terbaca post yang dia buat di tagged yang dia akan pergi jauh dari sini untuk sambung pelajaran.Tak semena-mena air mata saya jatuh membasahi pipi dan saya bertanya pada diri saya kenapa aku menangis??Makin lama makin laju air mata saya, seakan-akan akan berpisah dengan die buat selamanya.


  Di saat itu saya dapat rasakan yang saya sebenarnya dah sayang dengan dia mungkin saya tidak menyedarinya..Akhirnya, demi mahu menenangkan hati saya pun menulis dan mengarang satu kata-kata untuk tatapan dia sebelum dia berangkat ke Indonesia pada 27 haribulan 12 ni.alhamdulillah dia sudah membacanya dan membalas dengan kata-kata yang memujuk saya supaya saya tidak sedih dengan pemergiannya.Dia menolak hasrat saya dengan cara yang baik dan dia berharap semoga saya akan dipertemukan jodoh dengan laki yang lebih baik darinya.Hati sapa yang tak sedih taktala perkataan itu yang diungkapkan kepada saya.

 Saya memahami setiap apa yang die katakan dan saya akan terus berdoa semoga Allah akan kurniakan die dengan pasangan yang sebenar-benarnya milik dia.Dalam pada itu saya akn tetap menunggu dia balik dari sana dan tamat dalam pelajarannya dengan jayanya.5 tahun merupakan satu tempoh yang agak lama bagi insan biasa seperti saya.Jika mak dan ayah tak bising dalam tempoh itu saya tetap akan tunggu dia.Biar dia tahu yang saya amat menyayangi dia dan sanggup tunggu dia dalam tempoh tersebut.Jika dalam tempoh tu dia dahberjumpa dengan perempuan yang lebih baik dari saya, saya doakan dia bahagia dan semoga dia akan dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan dirahmati Allah selalu.

 Saya harap dia juga akan membaca apa yang saya karangkan dalam blog ini.Dan izinkan saya untuk ucapkan yang saya amat mencintai awak -  - - -  - - - - -…………!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..




Monday 12 December 2011

Sapa yang x de adab hacked blog aku ni????!

Dah dekat seminggu aku x dapat bukak blog kesayangan aku ni..aku tak tau sape punye kerja yang tak puas hati dengan aku..ada ke aku post perkara2 yang tak baik dalam blog aku ni.kalau x puas hati dengan aku ni post je lah komen kat sini..jangan lah wat kerja yang out of the manners.we are human ok..please repect other.jangan lah rosakkan apa yang orang bina.Korang tak kenal aku n aku x knal korang.nasib baik lah rezeki aku ade untuk blog ni..dapat lah jugak aku bukak blog aku ni.kalau tak, terpaksa lah aku wat yang baru.Blog ni aku cipta untuk luahan perasaan aku n at the same thing untuk memenuhi pelajarn blog yang pernah aku belajar.So, I say again don't hacked or ruined my blog k..!!!!!!!!

Monday 5 December 2011

Di bilik ict yang 'happening'

Malam ni aku ade kat bilik ict kolejku , sambil2 ade discussion international marketing yang kita orang kne present esok..smpat jugak aku ‘mengonline’…huhu..naseb lah part aku dah siap..kurang skit beban assgmnt yang bukan main banyak ni..maklum lah nama pun student kan assgmnt n exam mmg dah sebati dalam hidup kita orang ni.Untuk berjaya, pengorbanan amat2 lah diperlukan untuk mnjadi insan yang berjaya kelak,insyaallah..ameen..=)
Esok, grup kita orang yang first kne bentang..tajuk yang kita orang present sok adalah..marketing chicken to france..pnah gile hampir 4 malam aku tak cukup tido cz sibuk wat im ni lah..payah nak cari maklumat dorg ni mmndangkan dorg x mggunakan bi sbgai bahasa pengantraan.X pe..yang pnting pnt lelah aku esok akn berhasil…I hope..+-+..hehe..mintak2 lah jugak Dr Ju dapat bagi markah yang banyak dekat kita orang sok..ni esok dialog yang akan aku gunakan untuk presentation..skit je tau yang aku boleh show kat korang..=p
Bonjour..(have a good day)
Je m’apple aishah
Je suis de presentation….
Hah..cukup lah takat tu je yang aku tunjuk kat korang..hehe..malu lah nak practise lbh2..aku x handal sangat dalam berbahasa perancis ni..dlu blaja pun sampai level 2 je..ingat nak sambung tapi masa x mengizinkan aku untuk sambung balik bahasa perancis ni belajar bahasa ni mmg best tau..nak2 bahasa yang kita suka tau..korang pun mesti ade jugak bahasa yang korang minat nak belajar kan??x pe..amik lah kesempatan nak belajar bahasa ni.Sekarang zaman dah canggih..zaman dah berubah..mcm2 medium boleh kita guna untuk blajar bahasa kan..tgk movie pun dah boleh blajar jugak kan??
Mmmmmmm…mata rase macam dah ngantuk je ni..letih jugak ni,hari ni mcm2 bnde yang aku buat..balik dari beli barang aku trus masak untuk jualan n trus wat discussion untuk IM esok..k lah member sok2 kite cite2 lagi tau..esok..x de kje aku cite balik cite yang tertangguh semalam 2 ye..salam semua n selamat malam..=)



Saturday 3 December 2011

Terperap lagi di bilik hostel...

Hmm...hari ini aku masih lagi kat bilik asrama aku..lupa plak aku nak introduce dekat korang sume..actually aku ni stdi di upm and aku amik kos sarjana muda perniagaantani..sekrg ni aku dah tahun 3..insyallah kalau ade rezeki aku akan 'berangkat' ke Genting Highland n menjalani praktikal dekat sane.kemungkinan 2 bulan jugak aku kat sane starting from 20 februari 2012..doakan aku berjaya ye kat sane..actually b4 this aku stdi kat KMM(kolej matrikulasi melaka) n masa tu aku amik sains biologi..ni antara kawan2 bek mase aku kat matrik dlu..fatima azzahra(tudung putih) n zafira (tudung hitam)..sekarang ni kawan2 aku, fira amik doktor kat mesir and timah sekarang ni kat unimap amik biosystem engineering..hmm..sejak dari kuar matrik aku x pnah jumpe budak2 ni..even x jumpe kami still berhubung dalam fb..hopefully kami akn jumpe jugak satu hari nanti..insyallah..



 Habis je stdi kat sane aku dapat tawaran untuk stdi kat Mesir n amik pergigian n bcz ade masalah kewangan famili x mengalakkan aku ke sana n dorg pun x berapa prefer aku ke sana mmndankan aku ni sorg je anak perempuan dalam keluarga..aku pun akur je lah dengan segala keputusan yang keluarga buat untuk aku..mule2 aku mmg agak sedih cz aku stdi hard untuk jadi seorang doktor..tapi hajatku x kesampaian untuk stdi di sane..ada jugak kwn2 aku yang bertanya pada aku..nape x apply je uni tempatan..bagi aku bukan senang dorg nak trime pelajar2 ni masuk ke uni tempatan.kbnyakan yg dapat uni tempatan besenya pointer dorg mnghampiri 4..jadi, aku pun mengambil keputusan untuk mnyambung pelajaran dalam bidang yang aku amik sekrg iaitu sarjana muda perniagaantani...gambar2 yang kat bawah ni semua gambar2 kwn2 aku yang begitu happening skali,ktorg sllu wat gathering same2..

samubutan hari lahir untuk nasreen


majlis hari raya kolej 16


coursemate ku yang sempoi


member dari kos aqua



Tak tau ntah mcm mne aku boleh survive dalam kos bisnes ni sedangkan kalau nak diikutkan i hate account n economy.tapi kini semuanye sudah berubah..subjek ni merupakan subjek yang aku minat dalam kos ni..huhu..sebelum aku coretkan kembali post yang aku wat,aku ade lah post kat tagged untuk bagi org baca blog aku..korg tau ape yang sorang mamat ni cakap..die kata kat aku, jangan jual maruah diri..korang rasa logik ke apa yang die cakap tu..aku rasa aku tak pun publish gambar2 lucah kat sini..aku pikir die tu mmg dah sasau tahap cipan hagaknye..hehehe..dah lah..kita tinggalkan kisah orang yang tak betul  tu..esok aku ade kelas isu2 semasa perniagaantani..insyallah..ade mase esok aku coretkan lagi diari aku untuk hari esok ye kawan2..sebenarnye jadi seorang pelajar universiti merangkap jadi anak sulong ni mmg berat tugasnya..nak2 sekarang mak aku dah mula jatuh sakit..syukur lah Allah masih panjangkan umur mak aku..nanti ada masa aku akan cerita kat korang tentang detik2 yang paling mengemparkan dalam hidup kami sekeluarga untuk tahun ni..kisahnye bermula 3 November yang lepas..tunggu ye...

Friday 2 December 2011

jom hayati lagu ni..


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

koleksi mutiara kata


“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya” ~ Hamba Allah
“Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur” ~ Hamba Allah
“Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.”
“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”
“Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.” ~ Albert Camus
“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”
“Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”
“Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.”
“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.” ~ Cecil B. DeMille
“Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.”
“Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.” ~ Aflatun
“Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.”
“Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”
“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.”
“Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.”
“Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.”
“Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.”
“Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.”
“Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”
“Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.”

bosannye malam ni...='(

Hmm..bosannye malam ni..baru lepas jawab test yang berlambak this week..tambah lagi pulak assgmnt yang banyak..aduh2..baru ingat nak balik umah..my dad plak balik kg..apo lah nasib dan..HUahauahauahauahua...sedih..bese waktu gni msti ade kat celah ketiak mak..(maklum lah anak perempuan tunggal)..tapi walaupun mcm 2..aku tetap ade adik lelaki 2 orang..my family background I will introduce later..korang mesti nak tau latar belakang hidup aku kan..walaupun aku baru berusia 22 tahun tapi aku rase mcm baru semalam je memori kanak2 aku bermula..dulu asalnye aku ade seorang adik perempuan..tapi malangnye bila umurnye menginjak ke usia 2 tahun dan aku pulak 4 tahun die kne demam panas..nak wat camne..dah takder yang Allah tentukan yang die akan pergi buat selamanya..Alfatihah untuk arwah adikku(Nor Ain binti Abd Razak)..walaupun memori yang terbina seakan2 tidak dirasakan..namun hatiku tetap ingat pada arwah adikku..kadang2 teringin jugak rasenye nak ade adik perempuan ni..mesti seronok kan bleh gaduh2..hehehe..=D