~ TIPS KESIHATAN ~ RESEPI ~ CORETAN HATI ~ TIPS KECANTIKAN ~ TEMPAHAN BLOG ~

Sunday 26 February 2012

Ana Rafali kahwin Naim

Tahniah buat  Penyanyi Ana Raffali, 26 yang sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah telah diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, Sabtu.
Pasangan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor kira-kira pukul 12 tengah hari dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat. Sebelum majlis pernikahan Ana Raffali  satu majlis pertunangan  antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.
Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.
Ana Raffali  menerima mas kahwin sebanyak RM11,412 daripada pihak lelaki dan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan (Ana Raffali)  seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan, minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.
Manakala pihak lelaki (Ahmad Aznaim) membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.
Ana Raffali  tampil Cantik  dengan mengenakan busana  baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.
majlis resepsi perkahwinan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah  turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan.
Selamat Pengantin Baru Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah  semoga bahagia hingga ke akhir hayat….


Credit:www.mummycute.com

No comments:

Post a Comment