~ TIPS KESIHATAN ~ RESEPI ~ CORETAN HATI ~ TIPS KECANTIKAN ~ TEMPAHAN BLOG ~

Sunday 26 February 2012

Majlis Pernikahan lisa surihani dan yusri KRU

Gambar Majlis Pernikahan lisa surihani dan yusri KRU | gambar nikah lisa surihani
kredit gambar beautifulnara.com

Tahniah buat  yusri yang telah sah bergelar suami  pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed, 26 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Marriot, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.
Pasangan lisa surihani dan yusri KRU diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.
Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.Majlis pernikahan lisa surihani dan yusri KRU dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
lisa surihani menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum. Dalam pada itu, pihak Lisa menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.
Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.
Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.
kredit gambar beautifulnara.com

Lisa Cantik  dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna  putih manakala Yusry pula segak bergaya mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.
Majlis akad nikah lisa surihani dan yusri KRU dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan ‘Winter Garden’.
Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ini merupakan perkahwinan pertama buat Lisa dan kedua untuk Yusry yang pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira.
Selamat Pengantin Baru buat  lisa surihani dan yusri KRU Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa….

credit:www.mummycute.com

No comments:

Post a Comment