~ TIPS KESIHATAN ~ RESEPI ~ CORETAN HATI ~ TIPS KECANTIKAN ~ TEMPAHAN BLOG ~

Wednesday, 29 February 2012

Kartun islamik part 2


credit:http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/03/23/jom-baca-komik-islamik-di-blog/

Kartun islamik part 1


credit:http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/03/23/jom-baca-komik-islamik-di-blog/

Sunday, 26 February 2012

Ana Rafali kahwin Naim

Tahniah buat  Penyanyi Ana Raffali, 26 yang sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah telah diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, Sabtu.
Pasangan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim dinikahkan oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor kira-kira pukul 12 tengah hari dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat. Sebelum majlis pernikahan Ana Raffali  satu majlis pertunangan  antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.
Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.
Ana Raffali  menerima mas kahwin sebanyak RM11,412 daripada pihak lelaki dan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan (Ana Raffali)  seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan, minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.
Manakala pihak lelaki (Ahmad Aznaim) membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.
Ana Raffali  tampil Cantik  dengan mengenakan busana  baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.
majlis resepsi perkahwinan Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah  turut diadakan di tempat sama sejurus selepas majlis pernikahan.
Selamat Pengantin Baru Ana Raffali  dan Ahmad Aznaim Abdullah  semoga bahagia hingga ke akhir hayat….


Credit:www.mummycute.com

Majlis Pernikahan lisa surihani dan yusri KRU

Gambar Majlis Pernikahan lisa surihani dan yusri KRU | gambar nikah lisa surihani
kredit gambar beautifulnara.com

Tahniah buat  yusri yang telah sah bergelar suami  pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed, 26 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Marriot, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.
Pasangan lisa surihani dan yusri KRU diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.
Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.Majlis pernikahan lisa surihani dan yusri KRU dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
lisa surihani menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum. Dalam pada itu, pihak Lisa menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.
Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.
Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.
kredit gambar beautifulnara.com

Lisa Cantik  dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna  putih manakala Yusry pula segak bergaya mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.
Majlis akad nikah lisa surihani dan yusri KRU dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan ‘Winter Garden’.
Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Ini merupakan perkahwinan pertama buat Lisa dan kedua untuk Yusry yang pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira.
Selamat Pengantin Baru buat  lisa surihani dan yusri KRU Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa….

credit:www.mummycute.com

Friday, 24 February 2012

Resepi sos black pepper

BAHAN-BAHAN

1 tbs sos tomato

1 tbs kicap manis

1 tbs serbuk lada hitam

1 tbs butter

1 tbs tepung gandum

1 tsp (rata) tpg jagung

1 cup air

1/2 bj bwg besar(diced)

1 ketul kecil ayam

CARA-CARA
1.Panaskan periuk kecil dgn api sederhana.Masukkan butter.
2.Setelah cair masukkan tpung gandum dan bwg.Kacau sehingga sedikit garing dan naik bau.
3.Masukkan air dan ayam.Biarkan seketika.
4.Masukkan kicap dan sos tomato.Kacau dan masukkan pula bancuhan tepung jagung.
5.Masukkan serbuk lada hitam dan masukkan sedikit garam dan gula.Kacau sehingga mendidih dan alihkan dr dapur.Masukkan kedalam mgkuk dan sedia dihidang.

Besok nak balik umah...horray..!!!

alhamdulillah..akhirnya dapat jugak peluang aku nak balik umah lepas sminggu berada kat GVR ni..rindu sangat2 kat famili aku...

yang paling aku rindu dekat..ehem2...hehe..x lah..dekat bby jiran yg aku jaga bulan lepas...comel sangat budak tu baru 3 bulan dah pandai sesuaikan diri n men sorang2..rindu sangat aku kat bby jiran aku ani.,,namanya amani madiah..comel sanhgat2 ikut macam mak die..sygnya tak sempat aku nak upload gmbr die kat cni..ala..x pe yang penting ingat kat die pun dah cukup..

hmmmm..tapi yang bosan skit..sebelum balik aku kne lah kje dlu sampai pukul 1..ok lah beb..nak chow dlu ni..nak siapkan blog tempahan orang..karang bising pulak pakcik tu aku x siap2 kan blog dia..=)

Thursday, 23 February 2012

Praktikal di Genting View Resort

  Lama sungguh aku tak update blog ni..bukan aku tak ingat nak update api baru2 ni aku masuk praktikal di Genting View Resort.Alhamdulillah, aku Ietakkan di finance department di sana.banyak jugak ilmu2 baru yang aku pelajari n boleh nanti aku gunakan untuk bukak bisnes satu masa anti.

 Ini merupakan hari keempat aku di GVR ni..hehe..lawa weh tempat ni..kalau korang dari KL hanya memerlukan masa 45 minit untuk sampai sini..Ceh mak..promote lah pulak kan..huhu..x de lah saja je aku nak share suasana tempat ni pada korang.Kalau korang nak rasa tempat yang sejuk dan aman damai boleh lah dating ke Genting Highland ni.Boleh hilangkan stress n x lah jauh sangat dari KL kan..

 Sekarang ni aku tengah online dekat coffe house.Dekat tempat guest slalu makan..x de duit lagi nak beli broadband..huhu..tergendala lah nampaknye tempahan blog aku ni..huhu..

K lah kawan2..aku nak chow lah rasanye..esok kje lagi..korang boleh lah tengok antara panorama yang ade kat GVR ni..Selamat mengusha..huhu..



















Friday, 17 February 2012

41 kelebihan wanita dalam islam

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberkati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

RESEPI KEK COKLAT MOIST

CREDIT PIC:KHAIRUDDIN MK


Emm..memang sedap tak terhingga kek coklat ni..kawan2..jom lah buat..senang je wat kek ni..semoga berjaya..=)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur
250 gm butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
Cara menyediakan:
1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan.


Thursday, 16 February 2012

Cetusan hati

  Mudah sekali kita menjalinkan hubungan dan mudah sekali kita  memutuskan hubungan. Mencintai  dan dicintai menjadi tidak asyik lagi. Sudah menjadi perkara biasa didalam kamus percintaan. Masa muda dilihat serba sempurna sekadar  memuaskan mata, mamanjakan hasrat dihati  dan mengabaikan larangan Allah.

Kita memang tidak layak meletakkan cinta kepada manusia secara berlebihan. Apatah lagi mereka yang baru mengenal cinta seperti remaja dalam melabuhkan cinta.Orang yang kita cintai adalah orang biasa, tetapi kita yang memandangnya dengan cara luar biasa. kita selalu mendengar lirik – lirik lagu, syair pujangga dan filem cinta, yang membuatkan kita terikut – ikut dengannya

Mungkinkah cinta kita pada pasangan kita adalah atas dasar kecantikan, kesempurnaan, desakan keluarga dan atau atas dasar agama?

Kita selalu mencari pasangan hidup yang sempurna, cantik, dan berharta dengan harapan mendapat kebahagian berkeluarga di kemudian hari. Tetapi kita lupa yang menurunkn rahmat dan kebahagian ialah Allah Yang Maha Berkuasa. Berkahwinlah, tetapi bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”

Cuba  imbas kembali zaman datuk dan opah kita dahulu diwaktu mereka bertemu. Kebanyakan mereka disatukan oleh keluarga. Tanpa sebarang  bantahan dan  bicara, perkahwinan tersebut di persetujui oleh kedua-dua belah pihak  asalkan calon menantu seorang yang baik dan beriman. Walau mereka bersatu bukan atas dasar cinta tetapi lama-kelamaan rasa itu boleh dirasai.  Disitu lah hikmah dan nikmatnya sebuah restu orang tua.


Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.”


Hari ini kita berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini kita berjanji setia, hari esok  tiada suara.  Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu.  Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti.

Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai.  Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih rela memilih mati sebagai jalan mudah hanya  kerana  cinta titolak.  Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta pada manusia yang hidupnya hanya sementara.

Sedangkan tidak ramai yang sanggup mengalirkan airmata menghayati anugerah ILAHI.  Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmat yang diberi olehNya. Berapa ramai daripada kita yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya.  Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya.  Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim.  Dia Maha Mengetahui segala sesuatu baik  mahupun yang tersembunyi.



“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

( Surah Ar-Ruum ayat 21 )
















Tuesday, 14 February 2012

Cara membuat text bergerak di text browser

Hai kawan2..hari ni saya nak kongsikan dengan kamu semua cara nak buat text bergerak kat browser atas tu ye..semalam ade yang request.Ni hah tutorialnye..harap korang enjoy tau..^_____^

CARA PERTAMA

Firstly:

Login Ke Account Blog korang>>Klik pada Layout, >> Edit HTML


Secondly :

Cari Code
</body>

Ketiga : Copy code dibawah ini

<script language='JavaScript'>
var txt=&quot; Welcome To <data:blog.pageTitle/> | &quot;;
var speedYay=300;var refreshing=null;function bergerak_lho_yay() { document.title=txt;
txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);
refreshing=setTimeout(&quot;bergerak_lho_yay()&quot;,speedYay);}bergerak_lho_yay();
</script>


Keempat : Paste code yang anda copy tadi diatas Code
</body>

Klik Preview

Dah ada kan..??

kalau tak ada korang ikut cara kedua ni pulak ye


CARA KEDUA

Pertama :

>>Login Ke Account Blogspot >>masuk pada Layout,>>Edit HTML

Kedua :

Cari code
<head>

Ketiga : Copy code dibawah ini

<script language='JavaScript'>
var txt=&quot; Welcome To <data:blog.pageTitle/> | &quot;;
var speedYay=300;var refreshing=null;function bergerak_lho_yay() { document.title=txt;
txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);
refreshing=setTimeout(&quot;bergerak_lho_yay()&quot;,speedYay);}bergerak_lho_yay();
</script>


Keempat : Paste code yang anda copy tadi dibawah code
<head>

Klik Preview

hah..mesti dah ada kan…??



Nanti kalau dah dapat buat bagi tau saya ye..rajin2 lah komen kat bawah tu n jadi follower saya..^____^

 

Monday, 13 February 2012

5 JENIS LELAKI YANG ANDA PATUT PUTUSKAN HUBUNGAN

1-Lelaki yg sering mengucapkan kata sayang ttp tdk mahu atau tdk bersedia
utk menjalinkan hubungan yg lebih serius walaupon anda sdh mengenalinya
sdh bertahun2.Ini bermakna bhw anda bkn org yg dia inginkan & mungkin juga
anda tiada dlm kamus hidupnya.

2-Lelaki yg sentiasa menghubungi anda tnpa mengira wktu.Selalunya lelaki sebegini
akn mengeluarkan kata2 manis apabila dia sgt memerlukan anda.Tetapi,bila
anda memerlukannya,dia langsung tidak muncul atau memberi bnyk alasan utk
mengelakkan dr anda.

3-Lelaki yg selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tp mesra.Kemana sj
anda berdua.Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan org.Malangnya hati
lelaki tu tak terdetik langsung utk mengisi anda dlm ruang hatinya yg dah lama
kosong.Jgn buang masa dgn lelaki cenggitu.

4-Lelaki yg sudah mempunyai kekasih,tp ttp mahukan anda(tamak betul).Selalunya
leleaki camni mempunyai ramai awek tp sekadar memenuhi nafsunya.

5-Lelaki yg anggp dirinya sentiasa betul.Pandangan atau setiap perkara yg anda
buat salah pd mata / pandangan dia.Selalunya kalau menjalinkan hubungan
dgn lelaki camni,anda akn sering dimarah / ditengking kononnya anda sj yg
bersalah dlm sesuatu hal(ego la tu),hal kecik pon nk dibesarkan.

TUTORIAL KELOPAK BUNGA BERGUGURAN

Kawan-kawan nak tak ade kelopak bunga berguguran kat page blog??macam blog saya ni..hehe..

Apa kata kalau hiaskan blog  dengan kelopak bunga yang berguguran seperti gambar di bawah.



Anda boleh melihat contoh kelopak bunga yang berguguran di blog demo ini.

Tutorial yang ringkas adalah seperti berikut.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. Copy dan paste kod di bawah ke dalam ruangan HTML/javascript yang anda buka



<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>if(!image_urls){var image_urls=Array()}if(!flash_urls){var flash_urls=Array()}image_urls['rain1']="http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png";image_urls['rain2']="http://4.bp.blogspot.com/-teXCIicWPF4/TpWcLLg0A2I/AAAAAAAAG0U/IPPCr1gponc/pinkpetal2.png";image_urls['rain3']="http://3.bp.blogspot.com/-3JG9HLECCRU/TpWcLZGSYtI/AAAAAAAAG0g/zIJINua93TE/redpetal1.png";image_urls['rain4']="http://2.bp.blogspot.com/-BByhQEK5E24/TpWcLux4xRI/AAAAAAAAG0s/x2hIr1AV_Ac/redpetal2.png";$(document).ready(function(){var c=$(window).width();var d=$(window).height();var e=function(a,b){return Math.round(a+(Math.random()*(b-a)))};var f=function(a){setTimeout(function(){a.css({left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100)}).animate({top:(d-10)+'px'},e(7500,8000),function(){$(this).fadeOut('slow',function(){f(a)})})},e(1,8000))};$('<div></div>').attr('id','rainDiv')
.css({position:'fixed',width:(c-20)+'px',height:'1px',left:'0px',top:'-5px',display:'block'}).appendTo('body');for(var i=1;i<=20;i++){var g=$('<img/>').attr('src',image_urls['rain'+e(1,4)])
.css({position:'absolute',left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100),'margin-left':0}).addClass('rainDrop').appendTo('#rainDiv');f(g);g=null};var h=0;var j=0;$(window).resize(function(){c=$(window).width();d=$(window).height()})});</script>
<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>$(document).ready(function(){var a=$('<img>').attr({'src':'http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png','border':0});$('<a></a>').css({position:'absolute',right:'0px',top:'22px','z-index':'90'}).attr({'href':'http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2011/10/tutorial-kelopak-bunga-berguguran-di.html'}).append(a).appendTo('body')});</script>

3. Save dan lihat hasilnya.:)

Cantik kan??hehe..nanti kalau ade sape2 yang dah amik tutorial ni bagi lah sikit komen kat bawah tu ye..kalau jadi follower saya lagi bagus..=)

CARA MEMBUAT POST DI BLOG

Baik lah kawan-kawan..Di bawah ini adalah toolbar yang korang kne tahu ketika mahu melakukan posting ye..cuba perhatikan toolbar itu dan belajar menggunakannya


Toolbar yang ada ketika posting :

–> Untuk mengubah jenis hurup yang di gunakan
–> Untuk mengubah ukuran huruf (heading)
–> Untuk Menebalkan huruf
–> Untuk menyenget/memiringkan huruf
–> Untuk merubah warna huruf
–> Untuk membuat link
–> Untuk membuat artikel menjadi rata kiri
–> Untuk membuat tulisan menjadi di tengah
–> Untuk membuat artikel menjadi rata kanan
–> Untuk membuat artikel menjadi rata kiri dan rata kanan
–> Untuk membuat sub artikel dengan angka
–> Untuk membuat sub artikel dengan dot (bullet)
–> Untuk memeriksa ejaan (spelling)
–> Untuk memasukan gambar(upload gambar)
–> Untuk membuat artikel dalam kode HTML
–> Untuk membuat artikel dalam mode Compose (biasa)
–> Untuk me review (melihat) artikel

Cara penggunaan toolbar di atas adalah dengan meng ‘highlight’ (beri tanda) terlebih dahulu tulisan yang akan di edit, kemudian tekan butang toolbar yang di inginkan.

Langkah-langkah membuat post di sesebuah artikel:
Sebaiknya klik terlebih dahulu “ Edit HTML”,jika langsung di mode “Compose”, sering terjadi hang pada komputer. Copy artikel yang telah anda buat sebelumnya, kemudian paste di area posting. Edit sesuai dengan kemauan anda.

Klik butang “ compose “ untuk melakukan editing (jika anda masih bingung dengan kode HTML).
Klik butang tool yang berlambang “ panorama” berwarna biru, jika anda ingin memasukan gambar ataupun photo untuk menghiasi posting-an anda.

Klik butang “ Preview “ untuk melihat hasil posting-an anda yang nantinya akan tampil di dalam blog, barangkali masih ada yang perlu di edit.
Klik butang “ publish “. Selesai. Tulisan hasil karya anda akan kini boleh dilihat dan di baca oleh seluruh dunia.

credit:Kang Rohman

Hah,mudah bukan..jadi boleh lah  kawan-kawan semua jadikan ini sebagai panduan dan rajin2 lah berbloggingg ye..=)

CARA MUDAH BUAT BLOG

 Hai kawan2 semua.Hari ini saya nak rajin2kan dri untuk buat tutorial asas blog untuk kawan2 kita yang baru nakk belajar wat blog ni.Buat blog ni x lah susah sangat asalkan kita rajin nak belajar buat blog n ikut ape yang dipelajari.Untuk kawan2 yang request hari tu boleh lah follow tutorial ni k..=)

Langkah 1 : Mendaftar akaun emel Google.Setiap pengguna baru mestilah memiliki akaun email dari Google terlebih dahulu dan pendaftaran adalah percuma. Sila ikuti langkah-langkah berikut.

1. Daftar emel Google. Klik pada alamat ini à http://mail.google.com/ .
2. Tetingkap berikut akan dipaparkan.


3. Sila Klik pada Sign up for Gmail. Lengkapkan borang pendaftaran dan akhiri dengan klik I accept. Create my account seperti di bawah.


Tahniah. Anda baru sahaja mendapatkan akaun emel Google. Untuk login ke akaun emel Google anda, pergi ke http://www.mail.google.com/ dan masukkan username dan password yang telah didaftarkan tadi.



Langkah 2 : Mendaftar akaun blog GoogleSetelah berjaya mendaftar emel Google, kini ikuti langkah seterusnya untuk mendaftar akaun BLOG anda pula.

1. Pergi ke http://www.blogger.com/ dan klik pada CREATE YOUR BLOG NOW seperti yang ditunjukkan dalam paparan di bawah.

2. Anda akan dibawa kepada paparan berikut. Sila tandakan √ pada petak empat segi kecil berlabel I accept the Terms & Service diikuti klik pada anak panah berlabel CONTINUE.



3. Tetingkap berikut pula akan dipaparkan. Ia bertujuan untuk memberikan tajuk kepada blog anda. Ianya boleh diubah lagi kemudian. Lengkapkan dan klik anak panah berlabel CONTINUE.


4. Seterusnya anda akan dibawa ke paparan pemilihan template. Pilih template yang sesuai mengikut citarasa anda dan klik CONTINUE.


5. Jika proses pendaftaran akaun blog anda berjaya, maka satu tetingkap seperti berikut akan dipaparkan. Tahniah kerana anda telah memiliki satu akaun blog Google.



Langkah 3 : Menghantar posting dan membuat basic setting
Yes,berjaya mendapatkan blog.Lepas dapat blog tu boleh lah korang mula blogging..huhu..cara nak posting pulak akan diterangkan untuk next post ye..=)

Sunday, 12 February 2012

MADAH CINTA

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.


Saturday, 11 February 2012

IKAN SIAKAP MASAK STIM


Wah..memang sedap lah resepi ni..saya dah cuba buat pun tadi..boleh tahan lah rasanya..resepi ni saya amik dari blogresepi.com.Memang class gitu.saya memang suka sangat memasak.pnah jugak dapat tempahan masakan untuk event2..huhu..


Apalagi kawan2 semua..boleh lah belajar masak same2 ye..ni bahan2nye..huhu..=)



  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)



  • 1/2 camca teh garam



  • 1/2 camca teh tepung jagung



  • 1/2 camca teh lada sulah



  • 3 camca besar jus limau kasturi*



  • 1 1/2 camca besar minyak masak*



  • 1 1/2 camca teh gula*



  • 1/2 camca teh garam*



  • 5 – 10 biji cili padi, dihiris*



  • 2 batang serai, dihiris halus*



  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*



  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*



  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*



  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*



  • 1/2 camca teh tepung jagung*



  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*



  • kicap & sos tiram-ini kami tambah


    1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
    2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda ‘*”) hingga sebati. Ketepikan.
    3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
    4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.


    10 TIPS KEMPISKAN PERUT


    Ingin mengatasi masalah perut buncit? Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk membantu anda kempiskan perut. Untuk panduan lebih lanjut, sila rujuk kepada eBook Panduan Kurangkan 5kg 5 Minggu yang sekaligus membincangkan tentang cara-cara untuk membuang lemak.
    1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.
    2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
    3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).
    4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin
    5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!
    6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!
    7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.
    8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!
    9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!
    10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!
    credit:http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-tips-untuk-kempiskan-perut/

    NASI AYAM SPESEL



    Pagi semalam ade terjah jap resepi dari web myresepi..dah try wat..mmg sedap korang..Cube korang masak plak menu ni..sekali sekala kita tukar lah selere kan..=)

    Bahan-bahan ( 6-8 orang )
    • Untuk rebus
    • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
    • - 2 ulas bawang putih
    • - 2sm halia yg diketuk
    • Untuk perap
    • >1 sudu besar kicap pekat
    • >1 sudu besar sos tiram
    • >1cm halia
    • >2 ulas bawang putih
    • >sedikit kicap cair
    • Untuk nasi
    • - 5cwn beras
    • - 3 sudu besar butter
    • - 1cm halia- ditumbuk
    • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
    • - air rebusan ayam tadi secukupnya
    • - sedikit garam.
    • Bahan sos
    • > 5biji cili merah
    • > 5 ulas bawang putih
    • > 2cm halia
    • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
    • > 1/2 cawan air
    • Untuk sup
    • @lebihan air rebusan ayam
    • @1 biji bawang besar kisar
    • @rempah sup
    • @garam
    • @daun sup yg dihiris.

    Cara-cara

    1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
    2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
    3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
    4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
    5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.